Friday 17 March 2017

behind the happiness

ASSALAMUALAIKUM

Hi! Lama gila tak bukak blog ni. habis berhabuk xDD sebenarnya dah rancang nak start blogging dari habis spm haritu tapi tulah mood tak sampai2 lagi. pardon my ugly blog. :( blogskins lama terbuang so bila letak balik dia dah jadi tunggang langgang (one of the reasons why i took a long hiatus. malas nak edit) So, harini punya blog aku nak cerita pasal diri aku. Apa yang terjadi kat aku selama 3 tahun dekat mjg ni. hehe.

Warning: Ini bukan nak riak atau tunjuk menunjuk. Aku cuma nak ceritakan pengalaman hidup aku sepanjang jadi pelajar sekolah sahaja.

Dulu sebelum aku masuk mjg ni aku banyak main kat sekolah lama. yelah sape je yang nak pegang buku masa form 1 & form 2 kan lol. Aku ingat lagi aku macam tak ambil kisah sangat ujian selaras 1 sampaii lah result keluar menunjukkan aku dapat 15 markah je untuk math. bayangkan lah bertapa malunya aku sebagai budak baru dapat result macam tu xD Kalau tak silap aku masa dah pertengahan tahun baru aku mula insaf & belajar bersungguh-sungguh utk pt3. I even berangan nak masuk kys tau. punya lah tak sedar diri tu bukan anak orang kaya haha tapi itulah pembakar semangat aku utk terus berusaha. Alhamdulillah I got 4A1B3C1D1E. semua huruf ada hahah. tbh, aku rasa masa 1st year kat sini lah paling susah bagi aku utk adapt. banyak lah benda kena adapt. cara cakap, cari kawan, persaingan yg kuat, kena sado kalau kena kutuk. I was having a hard time to catch up some topics in Science & Maths sebab masa kat smktm aku belajar dalam bi. masuk sini kene belajar dalam bm. mmg blur habislah dalam kelas. 

Naik form 4, aku dapat masuk kelas V1. Aku gembira gila lah bila dapat tahu aku layak masuk situ lol sebab aku memang tak minat sains tulen. aku tak pernah minat sains hahahahah ada je yang dapat F time pt3 tapi masuk kelas sains but idc kalau dia minat dia boleh la belajar. kalau setakat nak dapat gelaran dak sains dia sendiri yg bazir masa dia. Disebabkan sesetengah manusia fikir kelas sains paling hebat, aku berazam utk fight dengan diaorang melalui exam. 

saaaammpaaaiii lah form5 aku struggle banyak benda utk spm. Alhamdulillah lah for everything walaupun ada kekecewaan sedikit (tak boleh nak sebut nanti orang kata tak bersyukurrr) sepanjang kat tahun terakhir, aku banyak gak ah tertekan sampai nangeh kat kelas LOL macam apee je hahaha banyaakkk sangat kenangan pahit & manis. nak cerita tapi taktau nak mula dari mana so lain kali lah kalau ada masa aku cerita.

lepas habis spm, aku memang tak boleh elak utk tak fikir pasal result. terutama bila teringat cara aku jawab. kalau lah boleh diputarkan masa, aku nak kembali ke hari addmath paper. serious aku rasa menyesal sebab tak buat sebaik mungkin. nak dijadikan cerita, masa hari paper tu aku kena masuk dewan (selama ni aku ambil exam kat kelas dengan budak v2) memang nervous gilaa lah. duduk pulak kat belakang budak2 pandai, budak2 target, budak pro addmath (nani pls terasa kalau baca). pastu dengan susunan soalan yang macam tak guna. buat aku takut bila tak nampak soalan fungsi kat no.1. disebabkan aku rasa menyesal, jadi aku ambil peluang utk skor paper 2. malangnyaaaaa paper 2 pon tak membantu xDDDD selama hampir 3 bulan mereput kat rumah, aku buat macam2 benda utk cuba redha dengan keputusan yang bakal aku dapat. (antaranya tidor).

sehari sebelum result keluar, aku tak rasa nervous pon (bajet gila lol) mungkin sebab dah puas rasa nervous hahahah sempat lagi ninis bawak aku keluar jalan2 tu. thanks to hanis aku dapatlah solat dengan korang sama2 buat kali terakhir mungkin haha tapi malam tu.. ya tuhan.. my heart keep beating so fast. masa tu teringatlah segala benda yang aku buat selama 3 tahun kat sini, terfikir kat mama&ayah yang tak habis2 cakap 16hb ni keluar result kat orang, terfikir apa sedara mara fikir pasal aku, terfikir jugak dekat kawan2 yang ada high expectation atau saje nak bagi aku harapan tinggi hahaha. itulah tekanan yang terakhir aku rasa. Aku cuma harap aku tak rasa kecewa kalau tak dapat apa yang aku nak. so masa hari khamis tu, bangun2 terus buang sampah, sapu rumah mandi pe semua lah. kat sekolah cikgu pulak announce lambat. buat aku makin berdebar-debar lah. time tu aku try hard fikir benda lain tak nak fikir apa yang aku expect. 

pastu cikgu sebutlah nama satu2 dari 5A sampai la straight A. masa 5A aku rilek lagi. 6A pon haha. tapi bila cikgu habis sebut nama untuk 7A tu aku dah mula rasa nak nangis. aku tengok muka mama sambil buat muka sedih menunjukkan pls terima seadanya kalau aku dapat result yang luar dari jangkaan. ya, memang luar dari jangkaan. Alhamdulillah aku dapat 8A. time tu memang terkejut gila sampai ambik gambar dengan pengetua pon menggigil tangan haha

sesungguhnya tulah hari gembira buat aku. bukan sebab aku dapat 8A. tapi sebab orang2 kat sekelilingku pun gembira. aku rasa bangga gila bila batch ni dapat bantu kecikkan gps & banyak subjek yang 100% lulus. tak sia2 cikgu buat  banyak seminar utk skor itu ini. sampai aku pernah terfikir kalau gps tak mengecik memang duit burn camtuh jelah lulz. aku jugak happy sebab kawan2 aku semua dapat result yang ok. ramai yang meningkat. aku rasa nak nangis bila tengok result diaorang sebab dapat bayangkan waktu2 diaorang struggle gila2. tahniah korang!!!!!! oh ya, lagi satu. hahahaha aku paaaaaaaaliiiinggggg bangga bila ramai dari 5V1 naik pentas. ini membuktikan budak kelas ke-4 pon pandai jugak. Aku tak menyesal pilih kelas ni (walaupun aku tak lepas syarat utk masuk ke tempat yang aku nak. sob) 


deskmate for 2 years.
thank you nis sado duduk sebelah aku utk 2 tahun. lama tu. tak pernah ada orang yg sanggup duduk dengan aku lebih setahun tau. dia la yang paling rajin senyum (NANGIS PON BOLEH LAGI SENYUM TAU), paling rajin buat hw, paling rajin kutip buku eknomi & bi dan paling mudah dibuli...oleh aku. keke.

nani <33
classmate masa form3. taktau kenapa ada yang kata muka kitaorang sama. lol 

ck & mira
antara speaker kelas. HAHA congrats korang! cikei kalo nak tuntut ramen kat ninis jangan lupa mintak dua;)

gambar goyang tapi hanis athirah tetap cun :) 

nab-sarah-faz
classmates yang banyak membantu dari segi kehidupan sosial hahahaha 

ad-hanis-aina
ini jugak yang paaalinnnggg banyak bantu. thanks ad & aina selalu kasi tumpang naik motor kalau kene balik awal. thanks bagi pengaruh baik spt ajak berdhuha heheh.

syarifah khalida
kalau ada pape masalah, cari je aku ok. aku sudi jadi pendengar ;)

ainatul
HAHA ni upah sebab dia tangkapkan gambar aku ngan syarifah hahahaha

wawa <3
classmate masa form3. 1st kpop buddy kat sini.

ain nabila.
my angel <3333 hahahah deskmate time form 4 ngehngeh

my forever 1/300 ft mata sebelah izzah (saje taknak bagi masuk gambar)
wuu congrats weh dari awal form 4 sampai spm ko #1 hahahaha

cikgu sharifah.
punca aku minat sejarah. (tak tipu ok)

cikgu hafizah
hm mak mertua sape ni ye. kekeke jk.

bersama penolong2 kanan & pengetua (baju pink)

cikgu azmah <333
paling banyak bagi nasihat. 

sebenarnya, banyak lagi cikgu yang bantu aku. ada yang sempat jumpa & tak. hehe.

ayah & mama <3
punca aku takmo give up.

one of my wishlists has been achieved: to be on the stage with my friends <3

ada satu lagi nak cerita. masa dua tahun yang lalu (waktu form4) aku & mama pergi ke satu restoran ni utk lunch. masa bayar tu ada la sembang2 sikit dengan pakcik kat kaunter. dia tu friendly. dia tanya la aku form bape. aku cakap la form 4. pastu dia kata "ohh tahun depan spm lah ni. belajar betul2. nanti dapat 8A datang sini pakcik belanja". aku masatu dalam hati cam "why 8A? aku nak 9A" tapi iyakan jelah. Dalam waktu2 mereputku juga aku 3 kali mimpi pasal result. aku geram kat diri aku sebab stress sampai masuk mimpi. mimpi pertama aku nampak 4A. mimpi kedua aku tak dapat A langsung. ada B & C je. agak mengecewakan tapi aku bersyukur addmaths credit. kahkah. mimpi ketiga aku mimpi dapat 4A lagi. kakak aku kata "mungkin 4+4 lah kot" aku pon iyakan je jugak sebab tau tu saje nak bagi aku harapan tinggi. itu je nak cakap. sebab cam wow ok wow haha.


pakcik tu tolak harga yang aku makan & belanja coconut shake B) 

Aku bukanlah budak pandai dari sekolah yang pandai. aku bukan budak target, cikgu2 pon tak berharap sangat kat aku. masuk sekolah pon sekolah menengah harian sahaja. upsr pon 1A je sebenarnya. aku tak pernah berhenti menyesal sebab mensia-siakan masa aku dapat masuk kelas pertama masa darjah 3. masa tu, aku berlagak gila. disebabkan riak, aku pon turun kelas keempat masa darjah 4. time tulah aku rasa aku memang betul2 jatuh (masa upsr) so tiap kali aku terfikir pasal upsr, aku positifkan diri "mungkin kalau aku dapat 5A, aku akan lebih berlagak" sebab semua benda yang terjadi, ada hikmah disebaliknya kan? during these 3 years, aku banyaklah tengok2 orang kat sns tengok matlutpi punya vid, baca blog r.sarina, tengok korean survival shows (walaupun pasal nyanyi) just to get a motivation tau. sebab dengan cara tu lah aku rasa aku perlu bangkit & berusaha utk berjaya.


aku tak pernah menyesal masuk sekolah ni :)

so entry ni bukan nak berlagak. cuma nak kongsi cerita disebalik kejayaan yang aku dapat semasa di tahun terakhir zaman sekolah. Akhir kata, aku harap aku tak berubah walau apa yg terjadi, tak mudah koyak & kuat utk hadapi cabaran kelak. stay positive!